Friday, 15 January 2010

Khasiat Daun Jambu Batu

1. Kudis dan Ruam
- Anda ambil segenggam pucuk muda dan daun jambu batu yang dah matang.
- Rebuskan kesemua daun tu sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, biarkan air rebusan tadi suam.
- Anda mandilah dengan menggunakan air rebusan tu sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Amalkannya setiap hari selama seminggu dan jika tiada aral melintang kudis atau ruam anda akan pulih.

2. Seriawan Mulut
- Ambil kira-kira segenggam pucuk daun jambu batu yang masih muda.
- Rebuslah pucuk muda tadi sampai mendidih.
- Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam atau sejuk sedikit.
- Seterusnya, anda gunakanlah air rebusan tu untuk berkumur-kumur.

Berkumur-kumurlah sebanyak 2 atau 3 kali sehari sehingga masalah seriawan mulut anda sembuh.

3. Kencing Manis dan Mengurangkan Kolestrol
- Ambil sebiji atau dua biji buah jambu batu yang masih muda atau mengkal (belum betul-betul masak).
- Basuh buah jambu batu tersebut sampai bersih.
- Tumbuk sedikit buah jambu tadi. Biarkan ia agak kasar.
- Kemudian, rebuslah buah jambu yang telah ditumbuk kasar tadi hingga mendidih.
- Setelah mendidih, biarkannya suam.
- Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum anda tidur.

Amalkanlah petua ini setiap hari dan kemudian buatlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan kencing manis atau tahap kolestrol anda.

0 comments: