Saturday, 6 March 2010

Mengatasi Bau Hamis Daging Kambing

Ramai di antara kita kurang berminat merasa daging kambing kerana baunya yang hamis. Amalkan petua di bawah untuk menghilangkan bau hamis itu :

1. Kisar daun serai, daun limau purut dan daun pandan. Campurkan dengan sedikit tepung gandum, garam dan air limau nipis. Kemudian perapkan daging kambing yang telah dipotong selama satu jam. Cuci daging tersebut sehingga bersih.
2. Gunakan air beras untuk membasuh daging kambing kerana ia juga boleh menghilangkan rasa hamis atau hanyir.

Thursday, 4 March 2010

Melembutkan Daging

Ada beberapa cara untuk melembutkan daging. Antaranya ialah :

1. Ramai surirumah mengeluh kerana daging yang mereka masak tidak empuk. Untuk mengatasinya, rebus daging dengan satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.
2. Tumbuk halia dan camprkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging kira-kira setengah jam. Kemudian bilas dengan air dan bolehlah dimasak seperti biasa.
3. Masukkan beberapa ketul air batu ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
4. Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

Tuesday, 2 March 2010

Memutihkan Gigi

1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.
2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.
3. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
4. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Monday, 1 March 2010

Sakit Gigi Berlubang

1. Cara yang paling cepat emnghilangkannya, tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih. Kemudian sumbatkan pada gigi yang berlubang tadi.
2. Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.
3. Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
4. Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.
5. Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur.Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Sunday, 28 February 2010

Sakit Mata

1. Jika anda mengalami sakit mata, cubalah petua ini, titiskan embun pagi ke mata setiap hari.
2. Tumbuk daun bunga melati hingga lumat, kemudian tampalkan di sekeliling mata. Insya-Allah sakit mata akan berkurangan.
3. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam besen yang berisi air. Kacau garam hingga hancur. Kemudian pejam dan celikkan mata anda dalam air tersebut.
4. Rebus sedikit akar bunga raya putih, sejukkan dan titiskan ke mata.
5. Ambil sedikit susu ibu, kemudian titiskan ke mata setiap hari sehingga mata sembuh.